Subscribe:

Ads 468x60px

" Setinggi mana pun kita di sanjung sekarang , belum tentu masa akan datang kita akan terus di sanjung . Jangan nak bangga dengan kehidupan sekarang kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku masa akan datang . Jadi gunakan lah masa sekarang dengan sebaik nya supaya kita tak menyesal di kemudian hari . " -nanep

Followers

29 August 2011

BENDERA putar KETUPAT !

bagaimana agak nya kalau ketupat di buat seperti bendera ?
dan bendera di buat seperti ketupat . . ?
lets we keep our mind guess how it can be . . hihi

sedaa tak sedaa esok dah raye .
tapi mana ketupat yang selalu time-2 camni dah siap dianyam .
ooo lupa ! sekarang 'modern' dahhh .
beli yang dah siap pack je kan . =='
kad raya yang sepatut nya bertimbun , satu keping pun susaa dapat .
haizz ~

tak sedaa plak esok nyaa lagi merdeka !
ye merdeka !
rase macam . . . . . . . . . . . . . ishh !
sedeh laa .
tapi nape tak nampak pun kemeriahan macam dulu ?
mana Jalur Gemilang yang sepatut nya kita kena kibar ?

hmm . . sekarang memang memang memang dah sangat berbeza !
4 5 tahun akan datang camne lahh pulak kan . .
Huh ! tatwu laa .
kesian generasi akan datang . tak merasa kemeriahan macam dulu .

walaupun Jalur Gemilang tak dikibar , tapi kita mesti rase sayang dan cinta kan Tanah Air .!
Raye raye gak , jasa pengorbanan orang dulu menuntut kemerdekaan pon kena hargai jugak .
Keep it up !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE54 !

28 August 2011

Zaman Kad Raya


Terasa rindu pulak nak kembali ke zaman zaman duluu .
Lagi lagi time musim perayaan .
Tak kira ler Raya Aidilfitri ke Aidiladha ke .
Gong Xi Fa Chai ke Thaipusam ke Deepavali ke .
Christmas ke kan . .
Mesti event dye gempak !

Tapi ituu dulu lahh kan .
Sekarang dah tak best dahh .
Sume terikat dengan calendar .
Masing masing dah ada kerjaya sendiri .
Kehidupan masing masing :(
Kalau duluu selalu lepak . Huha huha sesame .
Buat banyak event sesame .
Gaduh gaduh , pastu kawan balik :)
Kelakar kan kalau ingat balik .
Tapi tu lahh , masa terus berjalan dan terus berjalan .
What we feel is totally different than what we see :)

Then , pasai Kad Raya :'(
Kalau duluu senang je nak kumpul kad raya .
Kadang kadang tu sampai 1 bilik tuu full ngan kad raya kan ? hihi
Konon hiasan landskap bilik terbaik lahh .
HAHA . Padahal kad tuu just ucapan sumone untuk other sumone .
Ampun maaf dipinta lah , maafkan saya lah , macam macam .
Dibuat hiasan bilik pulak .
Tergantung sane , tergantung sini . Hihi ape laa .

Sekarang ?
Takdak dah . Kalau ade pun , kompem boleh di bilang dengan jari .
Kan kan ? Haaaaa . . . ~_~'
Sekarang orang pakai SMS , laman sosial .
Memang lahh mudah . Tapi tak syiok , tak rasa pun raya :|

Whatever cara orang guna sekarang , kita tetap akan mohon keampunan bila menjelang hari raya kan . ? :)
Ok lahh . Tak kesaa .
Tapi siyes , aku rindu nak dapat Kad Raya bebanyak !

Dan di kesempatan ini , aku dan family aku TERSAYANG mohon bebanyak banyak banyak ribu juta billion juta kemaafan ! Andai ada antara kami tersalah langkah , tersalah jentik , tersalah telan , tersalah sembur , terhembus salah tempat . Halal kan segala nyaa . Semoga di hari yang mulia bakal menjelang lagi beberapa hari ni kita semua bersama sama mendapat keberkatan dan keinsafan yang berkekalan ! InsyaAllah . .

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir wa Batin . .




06 August 2011

hidup .


dalam kehidupan ini , setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan . even tanpa manusia itu sedari . setiap gerak geri , tingkah laku , perbuatan mahupun percakapan kita , orang still memandang dan memerhati . dan dalam diam diam mungkin ada antara mereka yang memandang kita akan sakit hati dan tak puas hati dengan tindak tanduk kita . walhal apa yang kita lakukan telah sebati dalam kehidupan seharian kita .

sebanyak mana pun kita berhati hati , kita still akan TERbuat silap . seteliti teliti kita buat sesuatu kebaikan , terselit jugak kesilapan . tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Maha Pencipta kita yang Esa !

bagi mereka yang matang dari dalaman , mereka akan menegur kita secara sopan sesopan sopan nya . mereka akan sentiasa cool dan relax dalam menegur kita . dan bagi mereka yang hanya matang dari pandangan luar belum tentu mereka akan matang di dalam . mereka pasti akan berasa hasad dengki yang membuak buak sehingga kita jatuh tersungkur di tangan mereka . even perkara itu hanya sekecil kuman . itu lah fitrah manusia .

kita yang rasa rasa belum cukup matang , jadilah diri kita sendiri . cari jalan kat mana kita nak cari cahaya yang boleh membuat kan kita berasa tenang . tak perlu lah dengan cara memberontak . kadang kadang tak boleh tengok kita hidup senang , pasti ada je point kesalahan . itu sekadar menambah kan dosa der !

akhir sekali , aku nak mintak ampun dan maaf lahh kalau selama aku hidup ni ada yang sakit hati dengan aku . bagi aku , aku dah buat yang terbaik . aku adalah aku . aku tak hipokrit , setakat nak tunjuk diri luaran aku matang . tapi hati aku tak matang mana pun . adat lah manusia memang tak sempurna . at least , tegur lahh aku kalau aku TERsilap langkah . TERsilap kata . aku nak jadi yang lebih baik dari sebelum ni . tapi aku sering dihasut dan digoda oleh bisikan Iblis yang telah berjanji dengan Tuhan akan membinasakan umat manusia hingga hari akhirat . segala teguran aku terima . dan segala kesulitan amatlah dikesali :)

sekian .

05 August 2011

awak ...

awak ..
kite rindu awak ..
kite jeles wak ..

mungkin sekarang awak tengah rasa nikmat couple kan ?
hehe .. mesti sweet ..
bahagia nya awak sekarang ..
walaupun awak sweet ngan orang lain ..
tapi kite tumpang heppy jugak wak ..
hope awak ngan dia kekal laa sampai hujung nyawa ..
amin ..

awak ..
kite nak awak tahu kite still sayang awak ..
even awak hanya kawan saya ..
saya nak sangat tengok awak bahagia ..
awak jaga lah hati dia sebaik baik nyaa ye ..
jangan gado gado ..
be positive on whatever u do ..

walaupun kita jauh , hati kita tetap dekat ngan awak ..
pandai lah saya nak jaga diri saya sendiri ..
take care .. babai :)

01 August 2011

puasa kembali

Wahh ! Today dah setart puasa .
macam tak caye jek .
Nape lah tak dapat cuti ?
Hadoi , saboo jela .
Banyak betul dugaan aku sejak 2 menjak ni .
Its okay , aku redha .
Kalau itu yang terbaik untuk aku .

Emm , pagi tadi excited nak sahur .
HAHA pukul 3 dah sahur kat kedai makan .
Then aku balik bilik , buat assignment sikit .
Terus masuk tidoo .

Pagi tuu , kelam kabut aku .
Tengok jam dah pukul 7.30 .
Masuk kelas pukul 8 .
Nak tunggu bas lagi .
Nasib baik sempat masuk class awal .

Then , tido time lecturer aja .
HAHA . Walaupun aku duduk paling depan .
Tak tahan doe .

Pastu aku lepak kat kampus sampai dah nak buka baru balik .
Malas nak balik rumah awal , takut TER sengaja bukak periuk .
HAHA .