Subscribe:

Ads 468x60px

" Setinggi mana pun kita di sanjung sekarang , belum tentu masa akan datang kita akan terus di sanjung . Jangan nak bangga dengan kehidupan sekarang kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku masa akan datang . Jadi gunakan lah masa sekarang dengan sebaik nya supaya kita tak menyesal di kemudian hari . " -nanep

Followers

09 December 2011

Cuti Sem

cuti 3 minggu memang tak cukup . HAHA .

Minggu pertama cuti aku gerak ke Kedah . Jalan jalan . HAHA . Seronok ahh jugak walaupun ade orang dah patah kan hati aku . Relax ahh , aku kuat ! HAHA . Kering ! Cekudut ! Cakap kuat . Apende laa . HAHA . Kat sana aku stay uma kawan aku Al Hafiz . Dia kawan serumah aku time kat Shah Alam . Keluarga dia pun sempoi jee . Best ! Aku main bendang , makan pekasam ikan temenung , kena kejar ayam togel , panjat pokok kelapa , terpijak tahi ayam , lepak cuci mata kat tepi pantai , pegi Menara Aloq Setaq , pegi Pekan Rabu , pegi Gunung Keriang ,, banyak lagi ahh . Aku macam taknak balik jee rase . Lupa segala masalah ! Pejam celik 8 hari aku stay sana . Wasehh ! HAHA .










aku suka sangat dengan suasana nyaman dan tenang kat sini ! ia telah membuat kan aku lupa segala masalah ! :D

Result

assalamualaikum , hello , vannakam , salam sejahtera .


memandang kan cuti sem 1 aku dah nak habis , maka aku nak kata kan kat sini aku sangat teruja untuk kembali ke sem 2 . first , result final exam aku . walaupun cukup cukup makan lulus , tapi aku bersyukur sangat . ia telah memberi aku harapan untuk membuat lebih baik pada masa akan datang .




tak sabar nye nak masuk sem 2 . subjek nye pon agak errrrrrrrr . . HAHA . aku kena kuat ! aku boleh ! 'saya pun tak boleh amek course awak tuu. bagus lah awak amek.' ayat dari mulut Cikgu Fatimah , iaitu guru Bahasa Melayu aku mase darjah 1 . Aku jumpa dia kelmarin , time jemputan kat uma kawan aku . 'ko kena ingat bukan senang nak senang bukan susaa nak susaa.' abah cakap .


Thankss bagi support untuk Anep . Act , mase tengok result ni memang aku patah hati kot . Macam nak quit jee dari UNISEL tuu . Tapi pikir mase depan aku , aku kena kuat laa ! Takde mende senang kat dunia ni . Kerja pun susaa . So be positive on whatever we do . Ikhlas ! (:

23 November 2011

wadefakk !

aku sangka hati aku telah dicuri . tapi sebenarnya tidak ! tidak ! ohh , kira bertepuk sebelah tangan laa ni ? yeler , abeh tuu ? errrr .

aku dah agak dari awal lagi . memang aku syok sendri . walhal dia bukan lahh milik aku . HAHAHAH bodoh nya wahai lelaki dipermainkan wanita . bukan sekali tapi dah berkali aku dilakukan seperti ini . mungkin semua pompuan same jee !

okayy , focus on study is more important . ((:

STATUS : 436DAYSS SINGLE !

08 November 2011

stresss !


emosi memang betul2 memainkan peranan dalam segala pemikiran dan perbuatan kita .
even aku dah menghafal banyak perkara , tapi disebabkan hari penuh dengan emosi , semua nya hilang macam tuu je .
Paper yang aku jawab kosong . Memang boleh bau lagi bau kertas tuu . Tade bau dakwat pen mahupun pensel . Sangat tensyen !!
Start exam 9.00am aku dah siap 9.30am .... WTF ! Exam habis kul 11.30am . How ?
Setakat ABC tuu memang aku hantam kromo jelaa . Ni soklan struktur 3 yang berjumlah 30marks . Ngan 2 esei berjumlah 40marks . Hilang camtuuu je markah nye . :((
Hah ! Confirm repeat paper next sem lahh ! :((
Bengang ! Bengang ! Bengang !

Imiss my mom . And also my dad ! Harap2 mereka okayy lahh kat sana . :')
Malam tuu memang aku rindu giler kat mereka .
Ditambah lagi dengan sifat cemburu dengan Wall post 'dia' . Mane lehh aku tak jeles der , siap berkasih sayang + lep lep dengan kawan 'dia' . Aku dahh la hati tisuu . Seriously , malam tuu memang tak lehh pejam mata aku . Teringat kisah aku yang duluu . Ahhhh wadefakk ahh ! Bak kata pepatah , banana fruit two times . Aku taknakk !! Aku dah sayang 'dia' .

07 November 2011

Rumah Sewa 1 Malaysia .

Assalamualaikum , Salam sejahtera , Hello , Selamat pagi , Selamat petang , Selamat malam , Salam 1 Malaysia , Salam perpaduan .

Korang nak tahu tak ? Aku duluu kan dok 'ostel' kan ? Skang dah abess sem 1 , so kena lahh pindah rumah sewa . 'ostel' tuu nak bagi intake baru pulakk . Adehh , saket otak , jiwa dan raga beb ! Nak cari rumah sewa area sini punya lahh susah . Naseb baik dapat jugak . Bulan bulan RM1200 . wOOWWW ! Bertambah tambah lah sakit jiwa dan raga ini . HAHA .

Kitaorang punya rumah berkonsepkan 1 Malaysia . HAHA . Ade Melayu , India , Iban . HAHA . Mungkin kitaorang yang Islam ni kena lahh kuat kan iman . Kalau tanak hanyut dengan gelombang ombak perpaduan . HAHA . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami umat Islam supaya tak terpesong dari agamaNya . Amin !

Walaupun kitaorang 1 rumah ni berbeza kaum , agama , dan bangsa , tapi seronok jugak beb . Banyak benda yang aku selama ni tak tahuu , aku dapat tahu . (:

*otw nak memujuk abah mintak moto . kikiki

08 September 2011

36o


eh dah 360hari dah ?
cepat betul , tak sedaa . HEHE
pejam celik pejam celik dah genap setahun anak mak ni bujang .
HAHA . .
walaupun belum 13 September lagi , tapi dah genap setahun dah .
cepat bebeno lahh kan mase belalu .

jeles tengok orang lain bepasangan .
tapi nak wat camne , mungkin tade jodoh lagi .
HEHE . hari hari aku tengok sweet couple .
aku rindu sangat :')
biaa lah hidup single , dari couple buat sakit hati . kan ?
HEHE :D

walaupun dah banyak yang aku jumpa , tapi aku still buat tak endah .
bukan apa , aku takut nak buat orang kecewa .
kalau ade jodoh , ade laa kan . . .
kalau tade , nak wat camne . .
tunggu lahh poket full dengan duit dulu .
baru cari . :D

02 September 2011

Aidilfitri kali ini

Heyy , Selamat Hari Rayaa !

Tahun ni tak tahuu lah kenapa aku rasa banyak sangat perbezaan berbanding tahun tahun sebelum ni . Kalau korang pasan laa , post aku sebelum ni pun banyak aku buat perbezaan . Haizz !

Raya tahun ni aku happy gila even cuti raya seminggu je . . .
Hah ! Tahun ni aku happy sangat sebab hubungan kekeluargaan kami sekeluarga semakin erat ketat padat ! Sebelum sebelum ni , kiteorang banyak selisih faham . Macam aku , wat kepala aku sendirik sampai bapak aku naik hangin ngan aku . Aku pun penah tak betegur ngan abang aku yang ke3 selama 3 tahun . Tempoh tuu bagi aku sangat lama . Dalam Islam sendiri ada cakap , kalau kita gaduh dan tak betegur lebih dari 3 hari , kita dah berdosa besar sebab memutuskan ikatan silaturrahim , . Aku tahu semua tu , tapi iman yang tak kuat menyebab kan aku mudah merasakan diri aku je yang betul . Dan orang lain yang salah . Even mende kecik je kot . . OK ! Tutup buku . Aku dah lupakan dah peristiwa yang menyebabkan aku tak betegur ngan abang aku tuu .

Kalau dulu , susaa betul nak nampak aku HUHA HUHA ngan bapak aku . Bukan setakat susaa , memang tak penah nampak pun gelak ketawa ngan bapak aku . HEHE . Tapi tahun ni , aku ngan bapak aku dah pandai ber-HUHA HUHA . Seronok lahh beb ! Dengan 1 family aku HUA HUA . Baru aku tahuu betapa family itu lebih seronok kalau bersatu . FAMILY FIRST ! :)

Tahun ni family aku dapat ahli baru . HEHE . Jeng ! Jeng ! Jeng ! 2Syawal bersamaan 31Ogos , abang aku selamat bertunang dengan tunang nya . HEHE tak kan ler ngan bini kan ? kalau bini tuu , nikah ! ini tunang , belum jadi laki bini lagi . So doa doa kan lahh ye semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat . Amin !

Errr ni yang rase malas nak taip ni . . . . . . .
Tape lahh aku taip jugak laa , bia aku remember .
Tahun ni petama kali nya aku beraya tanpa Orang Istimewa . Bulan ni jugak mengingat kan aku kenangan yang banyak dengan dia dulu . Kenangan paling manis dan paling pahit . . . Kalau lah dia boleh dengar ape yang aku nak luah kan ni , mesti aku orang paling gembira . hehe :'D
Awak , selamat hari raya ! IMYSM !! :'(

Ouhh ! tertacing lahh pulak . Mintak tisuu bro ! Kalah makcik aku tengok filem hindustan .
hihihi . . .



29 August 2011

BENDERA putar KETUPAT !

bagaimana agak nya kalau ketupat di buat seperti bendera ?
dan bendera di buat seperti ketupat . . ?
lets we keep our mind guess how it can be . . hihi

sedaa tak sedaa esok dah raye .
tapi mana ketupat yang selalu time-2 camni dah siap dianyam .
ooo lupa ! sekarang 'modern' dahhh .
beli yang dah siap pack je kan . =='
kad raya yang sepatut nya bertimbun , satu keping pun susaa dapat .
haizz ~

tak sedaa plak esok nyaa lagi merdeka !
ye merdeka !
rase macam . . . . . . . . . . . . . ishh !
sedeh laa .
tapi nape tak nampak pun kemeriahan macam dulu ?
mana Jalur Gemilang yang sepatut nya kita kena kibar ?

hmm . . sekarang memang memang memang dah sangat berbeza !
4 5 tahun akan datang camne lahh pulak kan . .
Huh ! tatwu laa .
kesian generasi akan datang . tak merasa kemeriahan macam dulu .

walaupun Jalur Gemilang tak dikibar , tapi kita mesti rase sayang dan cinta kan Tanah Air .!
Raye raye gak , jasa pengorbanan orang dulu menuntut kemerdekaan pon kena hargai jugak .
Keep it up !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE54 !

28 August 2011

Zaman Kad Raya


Terasa rindu pulak nak kembali ke zaman zaman duluu .
Lagi lagi time musim perayaan .
Tak kira ler Raya Aidilfitri ke Aidiladha ke .
Gong Xi Fa Chai ke Thaipusam ke Deepavali ke .
Christmas ke kan . .
Mesti event dye gempak !

Tapi ituu dulu lahh kan .
Sekarang dah tak best dahh .
Sume terikat dengan calendar .
Masing masing dah ada kerjaya sendiri .
Kehidupan masing masing :(
Kalau duluu selalu lepak . Huha huha sesame .
Buat banyak event sesame .
Gaduh gaduh , pastu kawan balik :)
Kelakar kan kalau ingat balik .
Tapi tu lahh , masa terus berjalan dan terus berjalan .
What we feel is totally different than what we see :)

Then , pasai Kad Raya :'(
Kalau duluu senang je nak kumpul kad raya .
Kadang kadang tu sampai 1 bilik tuu full ngan kad raya kan ? hihi
Konon hiasan landskap bilik terbaik lahh .
HAHA . Padahal kad tuu just ucapan sumone untuk other sumone .
Ampun maaf dipinta lah , maafkan saya lah , macam macam .
Dibuat hiasan bilik pulak .
Tergantung sane , tergantung sini . Hihi ape laa .

Sekarang ?
Takdak dah . Kalau ade pun , kompem boleh di bilang dengan jari .
Kan kan ? Haaaaa . . . ~_~'
Sekarang orang pakai SMS , laman sosial .
Memang lahh mudah . Tapi tak syiok , tak rasa pun raya :|

Whatever cara orang guna sekarang , kita tetap akan mohon keampunan bila menjelang hari raya kan . ? :)
Ok lahh . Tak kesaa .
Tapi siyes , aku rindu nak dapat Kad Raya bebanyak !

Dan di kesempatan ini , aku dan family aku TERSAYANG mohon bebanyak banyak banyak ribu juta billion juta kemaafan ! Andai ada antara kami tersalah langkah , tersalah jentik , tersalah telan , tersalah sembur , terhembus salah tempat . Halal kan segala nyaa . Semoga di hari yang mulia bakal menjelang lagi beberapa hari ni kita semua bersama sama mendapat keberkatan dan keinsafan yang berkekalan ! InsyaAllah . .

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir wa Batin . .




06 August 2011

hidup .


dalam kehidupan ini , setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan . even tanpa manusia itu sedari . setiap gerak geri , tingkah laku , perbuatan mahupun percakapan kita , orang still memandang dan memerhati . dan dalam diam diam mungkin ada antara mereka yang memandang kita akan sakit hati dan tak puas hati dengan tindak tanduk kita . walhal apa yang kita lakukan telah sebati dalam kehidupan seharian kita .

sebanyak mana pun kita berhati hati , kita still akan TERbuat silap . seteliti teliti kita buat sesuatu kebaikan , terselit jugak kesilapan . tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Maha Pencipta kita yang Esa !

bagi mereka yang matang dari dalaman , mereka akan menegur kita secara sopan sesopan sopan nya . mereka akan sentiasa cool dan relax dalam menegur kita . dan bagi mereka yang hanya matang dari pandangan luar belum tentu mereka akan matang di dalam . mereka pasti akan berasa hasad dengki yang membuak buak sehingga kita jatuh tersungkur di tangan mereka . even perkara itu hanya sekecil kuman . itu lah fitrah manusia .

kita yang rasa rasa belum cukup matang , jadilah diri kita sendiri . cari jalan kat mana kita nak cari cahaya yang boleh membuat kan kita berasa tenang . tak perlu lah dengan cara memberontak . kadang kadang tak boleh tengok kita hidup senang , pasti ada je point kesalahan . itu sekadar menambah kan dosa der !

akhir sekali , aku nak mintak ampun dan maaf lahh kalau selama aku hidup ni ada yang sakit hati dengan aku . bagi aku , aku dah buat yang terbaik . aku adalah aku . aku tak hipokrit , setakat nak tunjuk diri luaran aku matang . tapi hati aku tak matang mana pun . adat lah manusia memang tak sempurna . at least , tegur lahh aku kalau aku TERsilap langkah . TERsilap kata . aku nak jadi yang lebih baik dari sebelum ni . tapi aku sering dihasut dan digoda oleh bisikan Iblis yang telah berjanji dengan Tuhan akan membinasakan umat manusia hingga hari akhirat . segala teguran aku terima . dan segala kesulitan amatlah dikesali :)

sekian .